? ??????????????Party Like A Rockstar? ????? ?? ???Rating: 4.1 (49 Ratings)??18 Grabs Today. 13494 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????My Heart Bleeds? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??16 Grabs Today. 1913 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????K BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 21, 2009


Myspace Graphics
Myspace Graphics


Myspace Graphics
Myspace Graphics


Myspace Graphics
Myspace Graphics

Thursday, August 20, 2009

Rahsia Peribadi!!!!





Hai kawan-kawan,nak tahu tentang rahsia peribadi seseorang melalui tarikh lahir??? Saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai sifat peribadi seseorang melalui tarikh lahir untuk memudahkan kita mengenali seseorang dengan lebih baik...Saya harap ia akan memberi faedah kepada anda semua dalam memilik kawan dan .... pasangan sejati!!!!



1. Ketulenan(1,10,19 & 28)


Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.




2. Pendamai(2,11,20 & 29)


Dilahirkan sebagai diplomat.Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.




3. Ceria(3,12,21 & 30)


Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.




4. Konsevatif(4,13,22 & 31)


Golongan ini sangat peka dan tradisional.Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.




5. Perintis(5,14 & 23)


Mereka adalah perintis.Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.




6. Romantik(6,15 & 24)


Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.Mereka suka seni musik.Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.




7. Intelektual(7,16 & 25)


Golongan ini adalah Pencari.Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka sangat suka berahsia.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.




8. Penyelesaian(8,17 & 26)


Golongan ini adalah penyelesaian masalah.Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.




9. Pelakon(9,18 & 27)


Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Sunday, August 16, 2009

Apakah itu bahasa?

Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.

Pelbagai definisi bahasa telah diutarakan oleh pelbagai golongan sarjana tempatan
mahupun sarjana luar Negara daripada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi definisi yang diberikan oleh sarjana linguistik ataupun pengkaji bahasa lebih tepat dan diutamakan di sini.

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem
Lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.

Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata,
pertuturan, bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam The Progressive English Dictionary pula
mendefinisikan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh negara tersebut. Dengan perkataan lain bahasa ialah cara penggunaan perkataan yang tertentu oleh penutur atau bangsa atau Negara tersebut.

Bahasa digunakan oleh manusia untuk dua tujuan utama, iaitu untuk
menyampaikan maklumat yang difikirkan atau diterbitkan daripada akal manusia. Selain itu, ia membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan ataupun tulisan. Struktur masyarakat juga terbina berasaskan skema perhubungan yang saling memahami melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa.

Bahasa merangkumi pelbagai komponen dalam bidang kajian yang formal bahasa
Melayu dalam bidang aplikasi atau interdisiplin. Menurut Zulkifley Hamid et.al (2007), bidang kajian formal melibatkan aspek-aspek yan berkaitan fonologi, morfologi, sintesis dan semantik. Manakala bidang aplikasi atau interdisiplin yang melibatkan kajian psikolinguistik, sosiolinguistik, dialektologi, linguistik sejarah dan lain-lain lagi. Kesemua bidang kajian ini, mempunyai hubungan rapat antara bahasa dan masyarakat.

Monday, August 10, 2009

tak cukup 24 jam..

oh my god.. tension3.. kenapa masa lalu begitu cepat.. boleh tak i mintak jam masa yang lebih.. nak siap asignment.. nak study 4 kuiz.. nak buat tesis bla bla bla... bila la nak siap semua ini..
kalau masa lalu ke belakang kan bagus.. rindu zaman kanak-kanak lagi..tiada tension..relax jah.. tapi mana boleh.. kalau boleh i nak kuasa yang boleh memutarkan bumi ke belakang..hahaha
tapi.. kena jugak siap semua ni..huhuhu.. chayok chayok devi.. u boleh!!! hei u ol.. plz cud help me mean 10q..

Sunday, August 2, 2009

Wujudkah Pencemaran Dalam Bahasa????

Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.

Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai ‘bahasa pasar’ kerana sifatnya sebagai ‘lingua franca’ ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu. Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673.

Kini, Bahasa Melayu seakan ‘melayu’ di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang ‘tersilap langkah’ seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca’ dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.

Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar ‘Inggerisofili’ yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya ‘pelacuran’ bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.

Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).

Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.

Selain itu terdapat juga pencemaran bahasa dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan. Kebanyakkan papan tanda dan iklan mula menggunakan bahasa rojak telah menjadi punca utama terhadap pencemaran bahasa. Majalah-majalah hiburan dan rancangan-rancangan televisyen yang menjadi medan hiburan kepada masyarakat, kebanyakkannya telahpun mula menggunakan bahasa rojak. Maka, ia memberi impak negatif kepada masyarakat yang tutut mengikutinya bagaikan bahasa ibunda dalam percakapan harian.

Sikap orang Melayu itu sendiri terhadap bahasanya tercermin pada ungkapan “bahasa jiwa bangsa”,”bahasa menunjukkan bangsa”, “hilang bahasa pupus bangsa” dan lain-lain lagi. Ramai juga orang Melayu sendiri, terutama dari kalangan yang terpelajar dan pemimpin tinggi politik mengikuti sikap sebegini. Mereka memerikan semangat kebangsaan Melayu sebagai ‘nasionalisme linguistik’ semata-mata.

Maka, kesimpulannya masalah pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek.