? ??????????????Party Like A Rockstar? ????? ?? ???Rating: 4.1 (49 Ratings)??18 Grabs Today. 13494 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????My Heart Bleeds? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??16 Grabs Today. 1913 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????K BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 16, 2009

Apakah itu bahasa?

Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.

Pelbagai definisi bahasa telah diutarakan oleh pelbagai golongan sarjana tempatan
mahupun sarjana luar Negara daripada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi definisi yang diberikan oleh sarjana linguistik ataupun pengkaji bahasa lebih tepat dan diutamakan di sini.

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem
Lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.

Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata,
pertuturan, bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam The Progressive English Dictionary pula
mendefinisikan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh negara tersebut. Dengan perkataan lain bahasa ialah cara penggunaan perkataan yang tertentu oleh penutur atau bangsa atau Negara tersebut.

Bahasa digunakan oleh manusia untuk dua tujuan utama, iaitu untuk
menyampaikan maklumat yang difikirkan atau diterbitkan daripada akal manusia. Selain itu, ia membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan ataupun tulisan. Struktur masyarakat juga terbina berasaskan skema perhubungan yang saling memahami melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa.

Bahasa merangkumi pelbagai komponen dalam bidang kajian yang formal bahasa
Melayu dalam bidang aplikasi atau interdisiplin. Menurut Zulkifley Hamid et.al (2007), bidang kajian formal melibatkan aspek-aspek yan berkaitan fonologi, morfologi, sintesis dan semantik. Manakala bidang aplikasi atau interdisiplin yang melibatkan kajian psikolinguistik, sosiolinguistik, dialektologi, linguistik sejarah dan lain-lain lagi. Kesemua bidang kajian ini, mempunyai hubungan rapat antara bahasa dan masyarakat.

0 comments: