? ??????????????Party Like A Rockstar? ????? ?? ???Rating: 4.1 (49 Ratings)??18 Grabs Today. 13494 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????My Heart Bleeds? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??16 Grabs Today. 1913 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????K BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 28, 2012

FERTIGASI

APAKAH ITU FERTIGASI?

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan  yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.
Tambahan pula, ia juga merupakan satu kaedah terkini di mana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan mineral dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan yang biasa digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan jenis renjis atau lain-lain lebih cenderung untuk pengagihan bahan kimia seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain.
TUJUAN FERTIGASI

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili. Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT).
                                                               
Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. Pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan. Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran baja menggunakan EC Meter. Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi. Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Pada peringkat ini penggunaan baja adalah antara 2.0 ke 2.5 EC. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual.
                                                                                                                    
Tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan pelanggan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg. Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.
KAEDAH FERTIGASI
Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah altenatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan zon perakaran tanaman yang optima sesuai sesuatu tanaman.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaeadah altenatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkahawal diambil perhatian termasuk sifat mediayang baik dan sesuai unutk jenis-jenis tanaman. Jenis dan bekas tanaman dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah.
Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik  beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, kualiti) mutu air dan input yang dibekalkan.
Secara ringkasnya, kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian baik (GAP), sentiasa di dalam kawalan menuju ke arah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam transformasi teknologi pertanian tinggi.
KELEBIHAN KAEDAH FERTIGASI
Kaedah penanaman secara fertigasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang dikenalpasti dalam menggunakan kaedah penanaman ini adalah seperti pemberian nutrien yang lengkap dan effisien mengikut jumlah nutrien yang diperlukan oleh sesuatu tanaman dan merupakan kaedah yang dikenalpasti sebagai kaedah alternatif bagi mengatasi tanah kurang subur, perumah penyakit dan perosak.

            Selain itu, kaedah fertigasi ini dapat mengelakkan tanaman daripada serangan  penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebiasaanya menyerang tanaman di atas tanah dan turut menjadi media tumbesaran tanaman dan persekitaran yang menjamin kebersihan dan menghidari daripada penyakit. Kaedah penanaman fertigasi ini turut meningkatkan hasilan perunit kawasan dengan  kepadatan yang maksimum di samping tidak mempunyai kos merumpai serta meningkatkan kualiti tanaman, rasa dan tekstur yang lebih baik, ketahanan penyimpanan yang lebih lama dan selamat untuk dimakan. Penanaman secara fertigasi ini turut sesuai diamalkan oleh para pengusaha kerana kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh dapat dikurangkan.

KAEDAH FERTIGASI AUTOPOT
Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)". Teknologi penanaman fertigasi menggunakan kaedah autopot adalah merupakan satu inovasi baru dalam bidang pertanian moden di Malaysia. Kaedah autopot adalah sistem yang membekalkan nutrien kepada tumbuhan dengan tepat mengikut keperluan secara automatik. Ia banyak digunakan di negara maju seperti di Australia dan di Eropah menggantikan kaedah fertigasi “drip to waste system” yang menggunakan habuk kelapa. Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.
Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun. Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi beberapa masalah dan limitasi yang terdapat dalam projek fertigasi. Kaedah ini menggunakan konsep hidroponik yang mesra alam dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang seragam dan berkualiti.
Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi, kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

CIRI-CIRI PENANAMAN FERTIGASI

1. Sumber Air yang Berkualiti dan Mencukupi
  • Sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman. 
  • Sumber air tidak terhad kepada air sungai atau tasik semata-mata tetapi merangkumi sumber-sumber bekalan air dari pihak pengurusan air negeri, telaga dan telaga tiub (tube well) yang diperolehi dari dalam tanah.
  • Apa yang penting adalah kualiti air yang kita gunakan dan disesuaikan dengan kuantiti air diperlukan oleh tanaman. pH air perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - 7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia yang menurunkan kualiti air tersebut. 
  • Klorin yang berlebihan juga perlu dielakkan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Bagi yang menggunakan air berklorin tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari selama 24 jam dapat mengurangkan jumlah kandungan klorin apabila ia terpeluap ke udara.
  • Air yang terlalu berasid boleh dirawat menggunakan Natrium Hidroksida atau menggunakan asid hidroklorik sekiranya air terlalu beralkali. Perlu dipastikan juga akan kandungan garam yang tinggi disekitar 50 bsj akan mempengaruhi pengambilan kalsium dan boron menjadi toksid dalam air masin.

2. Mendapat Pendedahan Maksimum Kepada Cahaya Matahari dan Suhu Yang Maksimum.
  •  Kawasan tanaman perlu  mempunyai pendedahan cahaya matahari yang maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menjalankan proses fotosintesis (proses membuat makanan). Elakkan daripada kawasan yang mempunyai bayang-bayang pokok atau bangunan di sekitar kawasan dan secara ringkasnya, kawasan mesti betul-betul lapang.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari ini akan meningkatkan paras glukosa dalam daun yang amat diperlukan untuk menjadikan akar dan batang pokok menjadi sihat dan tegap serta menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.
  • Tanaman memerlukan sehingga 6 - 8 jam sehari kepada pendedahan cahaya matahari dan setiap polibeg perlu disusun berorientasikan arah Utara - Selatan.
3. Kawasan Yang Mudah Diratakan

  • Kawasan tanaman perlu diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan sistem pengairan terutamanya di kawasan berbukit. Aspek ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar pembaziran dan kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan.
  • Kawasan tanah berbukit perlu diratakan dengan kaedah 'cut and fill' dan ada sesetangah pengusaha di tanah tinggi Cameron Highlands menggunakan jentera pemampat untuk mendapatkan kawasan yang betul-betul rata dan padat. Namun kecerunan perlu dikurangkan untuk mengelakkan tanah runtuh disamping mengadakan sistem saliran air yang baik untuk mengelakkan banjir di dalam kawasan tanaman.
 4. Bukan Kawasan Laluan Angin Kencang
  • Pastikan kawasan tanaman bukan laluan agin kencang bagi mengelakkan pokok tumbang dan yang lebih teruk, menyebabkan kemusnahan kepada RPH yang dibina.
  • Sekiranya tidak mempunyai pilihan, pastikan struktur yang hendak dibina dan sistem 'trailis' kukuh dengan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung.
5. Mempunyai Bekalan Elektrik

  • Elektrik atau tenaga ini diperlukan untuk menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem ini. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil seperti menggunakan generator, pam berkuasa diesel atau petrol serta tarikan graviti.
  • Namun sekiranya kawasan tanaman mempunyai akses yang mudah untuk bekalan elektrik, aspek ini perlulah diutamakan untuk mengurangkan kos pengeluaran kelak. Ini kerana penggunaan generator dan pam akan meningkatkan kos pembelian minyak diesel atau petrol dan dalam situasi sekarang di mana harga bahan api ini semakin meningkat, adalah lebih baik jika kawasan tanaman itu mempunyai kuasa elektrik dari TNB atau pun mendapat kuasa dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar.

6. Berhampiran Dengan Kawasan Kediaman
  • Bukanlah bermakna kawasan tanaman perlu berada di dalam kawasan kediaman. ini adalah agak mustahil dilakukan sekiranya tinggal di kawasan bandar atau pun di apartment.
  • Apa yang ditekankan disini adalah jarak antara kawasan kediaman dengan kawasan tanaman berada dalam lingkungan 45 minit perjalanan agar proses pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan dan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan tanaman, 'troubleshooting' dapat dilakukan dengan segera.
7. Infrastruktur yang Baik

  • Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar, jalan penghubung, saliran dan kemudahan asas yang lain agar proses penjagaan dan kebajikan terutamanya para pekerja dapat dijaga dengan baik.

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diambil perhatian untuk melaksanakan sistem tanaman fertigasi. Memang agak memakan kos yang tinggi terutamanya dalam aspek penyediaan tapak dan infrastruktur tetapi sekiranya aspek ini dijalankan dengan sempurna, para pengusaha tidak akan menghadapi masalah-masalah yang sukar pada masa yang akan datang. Jika dibandingkan dengan sistem konvensional, kerja-erja penyediaan tapak fertigasi ini agak memakan masa yang panjang namun sekiranya dilihat daripada hasilnya kelak, amatlah berbaloi-baloi.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.
Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan, program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

RUJUKAN

http://soiltrg05.tripod.com/Fertigasi.htm
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=175:fertigasi-secara-autopot&catid=67:infotani-dan-teknologi
http://kebunwarisan.blogspot.com/2011/03/fertigasi-secara-autopot.html
http://teknologipertanian.com/category/fertigasi/
http://upmagronomy.wordpress.com/2008/09/06/sistem-fertigasi-menggunakan-%E2%80%98autopot%E2%80%99-rock-melon/
http://www.gmpeladang.com.my/fertigasi.htm
http://www.scribd.com/doc/3844649/Sistem-Fertigasi
http://fertigasi-teknik.blogspot.com/

0 comments: