PENGENALAN
Dalam matapelajaran kemahiran hidup, kita akan menerokai beberapa tajuk. Tajuk-tajuk yang akan kita pelajari adalah seperti kerja kayu, elektrik dan elektronik, jahitan, masakan mereka cipta, perniagaan dan keusahawanan dan sebagainya. Topik-topik ini akan membantu kita mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
Elektrik dan elektronik merupakan salah satu topik kecil dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Dalam topik ini, kita akan didedahkan kepada pelbagai peralatan tangan, komponen-komponen elektronik, bahan-bahan elektronik serta kegunaanya. Kita juga akan mempelajari bagaimanakah caranya untuk menghasilkan sesuatu komponen elektrik yang lengkap.
Objektif kajian kita ini adalah untuk mengenali dan mengetahui alatan tangan, komponen-komponen elektronik serta cara mengendalikannya. Seterusnya kita akan melihat senarai alatan tangan, komponen-komponen elektrik serta cara-cara menghasilkan komponen elektronik yang lengkap.
SENARAI ALATAN TANGAN
BIL NAMA ALATAN TANGAN GAMBAR KEGUNAAN
1. Pembaris Keluli
- Kegunaan alat ini ialah :-
- Mengukur dan memindahkan
- Membina garisan lurus pada
permukaan
- Menguji kerataan permukaan.
2. Sesiku L
- Menguji sesuatu permukaan bersudut
tepat dan kerataan permukaan kayu
- Menguju kepersegian kayu.
3. Pita pengukur
- Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek serta panjang.
- Boleh memindahkan ukuran.
4. Pensil Tukang
- Digunakan untuk menanda dan merancang tanda.
5. Ragum meja
- Digunakan untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
- Ia juga digunakan untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
6. Apit G
- Digunakan untuk mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
- Digunakan untuk memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat atau digergajikan.
7. Gergaji Puting
-Digunakan dalam bertukang kayu untuk kerja tepat, seperti memotong bajang, penjuru, atau puting dalam pembuatan kabinet dan tanggaman.
8. Gandin Kayu
-Gandin kayu digunakan untuk memahat dan
memasang atau
menanggalkan tanggam.
-Kepala gandin berbentuk
selinder atau segi empat .
-Gandin diperbuat
daripada kayu keras
9 Tukul Warrington
- Mengetuk paku-paku kecil seperti paku panel.
10 Kikir Parut
11 Pahat Tepi Serong
12 Paku
-Digunakan untuk melekatkan dua bahan dengan menembus keduanya.
13 Mesin Gerudi
-Digunakan untuk kerja- kerja
menyerpih,
memotong dan
membuat lubang
pada bahan logam
atau kayu.
14 Penahan Tepi
15 Thinner
16 Turpentine
17 Jigsaw
-Digunakan untuk mengukir corak atau bentuk di atas kayu.
18 Circular saw
BAHAN MENGEMAS
BIL NAMA BAHAN GAMBAR CIRI-CIRI
1. Kertas Pasir
-
2. Tepung penyumbat
-Dipanggil juga sebagai bahan lakur.Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan pematrian yang kukuh.
3 Gam kayu
Kesimpulan.
Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi
pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul.
Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di
sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman
yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.
Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan
tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan
kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan
fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada
kami tentang fungsi alat kerja tangan
REFLEKSI
Dalam kajian ini kami telah diberi pengajaran secara teori dan amali berkenaan topik tersebut. Sebagai amali kami telah diberi satu projek kecil bernama mencipta suis kawalan cahaya elektronik. Kami telah berjaya memasang segala komponen elektorik atas verobod dan LED juga memancar dengan terang.
Daripada projek yang telah dijalankan kami dapat memperolehi kemahiran penggunaan komponen-konponen elektronik dan alatan tangan. Selain itu, kami juga dapat mengetahui dan mengenalpasti simbol dan fungsi komponen-komponen elektronik. Tidak dapat dinafikan bahawa ia juga menyebabkan kami melakukan proses-proses muda dalam teknologi elektonik dan mengenalpasti maklumat tentang bahan-bahan. Dalam menjayakan projek ini, kami telah menggunakan pelbagai alatan tangan untuk menyiapkan projek ini dengan sempurna.
Tuesday, May 29, 2012
Kerja Kayu-Asigment KDC-KPLI
Posted by Squiggles04 at 12:00 AM 0 comments
Monday, May 28, 2012
FERTIGASI
- Sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman.
- Sumber air tidak terhad kepada air sungai atau tasik semata-mata tetapi merangkumi sumber-sumber bekalan air dari pihak pengurusan air negeri, telaga dan telaga tiub (tube well) yang diperolehi dari dalam tanah.
- Apa yang penting adalah kualiti air yang kita gunakan dan disesuaikan dengan kuantiti air diperlukan oleh tanaman. pH air perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - 7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia yang menurunkan kualiti air tersebut.
- Klorin yang berlebihan juga perlu dielakkan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Bagi yang menggunakan air berklorin tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari selama 24 jam dapat mengurangkan jumlah kandungan klorin apabila ia terpeluap ke udara.
- Air yang terlalu berasid boleh dirawat menggunakan Natrium Hidroksida atau menggunakan asid hidroklorik sekiranya air terlalu beralkali. Perlu dipastikan juga akan kandungan garam yang tinggi disekitar 50 bsj akan mempengaruhi pengambilan kalsium dan boron menjadi toksid dalam air masin.
- Kawasan tanaman perlu mempunyai pendedahan cahaya matahari yang maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menjalankan proses fotosintesis (proses membuat makanan). Elakkan daripada kawasan yang mempunyai bayang-bayang pokok atau bangunan di sekitar kawasan dan secara ringkasnya, kawasan mesti betul-betul lapang.
- Pendedahan kepada cahaya matahari ini akan meningkatkan paras glukosa dalam daun yang amat diperlukan untuk menjadikan akar dan batang pokok menjadi sihat dan tegap serta menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.
- Tanaman memerlukan sehingga 6 - 8 jam sehari kepada pendedahan cahaya matahari dan setiap polibeg perlu disusun berorientasikan arah Utara - Selatan.
- Kawasan tanaman perlu diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan sistem pengairan terutamanya di kawasan berbukit. Aspek ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar pembaziran dan kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan.
- Kawasan tanah berbukit perlu diratakan dengan kaedah 'cut and fill' dan ada sesetangah pengusaha di tanah tinggi Cameron Highlands menggunakan jentera pemampat untuk mendapatkan kawasan yang betul-betul rata dan padat. Namun kecerunan perlu dikurangkan untuk mengelakkan tanah runtuh disamping mengadakan sistem saliran air yang baik untuk mengelakkan banjir di dalam kawasan tanaman.
- Pastikan kawasan tanaman bukan laluan agin kencang bagi mengelakkan pokok tumbang dan yang lebih teruk, menyebabkan kemusnahan kepada RPH yang dibina.
- Sekiranya tidak mempunyai pilihan, pastikan struktur yang hendak dibina dan sistem 'trailis' kukuh dengan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung.
- Elektrik atau tenaga ini diperlukan untuk menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem ini. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil seperti menggunakan generator, pam berkuasa diesel atau petrol serta tarikan graviti.
- Namun sekiranya kawasan tanaman mempunyai akses yang mudah untuk bekalan elektrik, aspek ini perlulah diutamakan untuk mengurangkan kos pengeluaran kelak. Ini kerana penggunaan generator dan pam akan meningkatkan kos pembelian minyak diesel atau petrol dan dalam situasi sekarang di mana harga bahan api ini semakin meningkat, adalah lebih baik jika kawasan tanaman itu mempunyai kuasa elektrik dari TNB atau pun mendapat kuasa dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar.
- Bukanlah bermakna kawasan tanaman perlu berada di dalam kawasan kediaman. ini adalah agak mustahil dilakukan sekiranya tinggal di kawasan bandar atau pun di apartment.
- Apa yang ditekankan disini adalah jarak antara kawasan kediaman dengan kawasan tanaman berada dalam lingkungan 45 minit perjalanan agar proses pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan dan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan tanaman, 'troubleshooting' dapat dilakukan dengan segera.
- Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar, jalan penghubung, saliran dan kemudahan asas yang lain agar proses penjagaan dan kebajikan terutamanya para pekerja dapat dijaga dengan baik.
Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan, program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.
Posted by Squiggles04 at 9:28 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Thursday, August 20, 2009
Rahsia Peribadi!!!!
Posted by Squiggles04 at 12:47 PM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
Apakah itu bahasa?
Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.
Pelbagai definisi bahasa telah diutarakan oleh pelbagai golongan sarjana tempatan
mahupun sarjana luar Negara daripada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi definisi yang diberikan oleh sarjana linguistik ataupun pengkaji bahasa lebih tepat dan diutamakan di sini.
Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem
Lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.
Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata,
pertuturan, bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.
A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam The Progressive English Dictionary pula
mendefinisikan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh negara tersebut. Dengan perkataan lain bahasa ialah cara penggunaan perkataan yang tertentu oleh penutur atau bangsa atau Negara tersebut.
Bahasa digunakan oleh manusia untuk dua tujuan utama, iaitu untuk
menyampaikan maklumat yang difikirkan atau diterbitkan daripada akal manusia. Selain itu, ia membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan ataupun tulisan. Struktur masyarakat juga terbina berasaskan skema perhubungan yang saling memahami melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa.
Bahasa merangkumi pelbagai komponen dalam bidang kajian yang formal bahasa
Melayu dalam bidang aplikasi atau interdisiplin. Menurut Zulkifley Hamid et.al (2007), bidang kajian formal melibatkan aspek-aspek yan berkaitan fonologi, morfologi, sintesis dan semantik. Manakala bidang aplikasi atau interdisiplin yang melibatkan kajian psikolinguistik, sosiolinguistik, dialektologi, linguistik sejarah dan lain-lain lagi. Kesemua bidang kajian ini, mempunyai hubungan rapat antara bahasa dan masyarakat.
Posted by Squiggles04 at 11:53 PM 0 comments
Monday, August 10, 2009
tak cukup 24 jam..
oh my god.. tension3.. kenapa masa lalu begitu cepat.. boleh tak i mintak jam masa yang lebih.. nak siap asignment.. nak study 4 kuiz.. nak buat tesis bla bla bla... bila la nak siap semua ini..
kalau masa lalu ke belakang kan bagus.. rindu zaman kanak-kanak lagi..tiada tension..relax jah.. tapi mana boleh.. kalau boleh i nak kuasa yang boleh memutarkan bumi ke belakang..hahaha
tapi.. kena jugak siap semua ni..huhuhu.. chayok chayok devi.. u boleh!!! hei u ol.. plz cud help me mean 10q..
Posted by Squiggles04 at 12:59 AM 0 comments
Sunday, August 2, 2009
Wujudkah Pencemaran Dalam Bahasa????
Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.
Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai ‘bahasa pasar’ kerana sifatnya sebagai ‘lingua franca’ ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu. Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673.
Kini, Bahasa Melayu seakan ‘melayu’ di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang ‘tersilap langkah’ seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca’ dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.
Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar ‘Inggerisofili’ yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya ‘pelacuran’ bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.
Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).
Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.
Selain itu terdapat juga pencemaran bahasa dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan. Kebanyakkan papan tanda dan iklan mula menggunakan bahasa rojak telah menjadi punca utama terhadap pencemaran bahasa. Majalah-majalah hiburan dan rancangan-rancangan televisyen yang menjadi medan hiburan kepada masyarakat, kebanyakkannya telahpun mula menggunakan bahasa rojak. Maka, ia memberi impak negatif kepada masyarakat yang tutut mengikutinya bagaikan bahasa ibunda dalam percakapan harian.
Sikap orang Melayu itu sendiri terhadap bahasanya tercermin pada ungkapan “bahasa jiwa bangsa”,”bahasa menunjukkan bangsa”, “hilang bahasa pupus bangsa” dan lain-lain lagi. Ramai juga orang Melayu sendiri, terutama dari kalangan yang terpelajar dan pemimpin tinggi politik mengikuti sikap sebegini. Mereka memerikan semangat kebangsaan Melayu sebagai ‘nasionalisme linguistik’ semata-mata.
Maka, kesimpulannya masalah pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek.
Posted by Squiggles04 at 10:27 AM 0 comments

