? ??????????????Party Like A Rockstar? ????? ?? ???Rating: 4.1 (49 Ratings)??18 Grabs Today. 13494 Total G
rabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????My Heart Bleeds? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??16 Grabs Today. 1913 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????K BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 2, 2009

Wujudkah Pencemaran Dalam Bahasa????

Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran.

Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai ‘bahasa pasar’ kerana sifatnya sebagai ‘lingua franca’ ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu. Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673.

Kini, Bahasa Melayu seakan ‘melayu’ di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang ‘tersilap langkah’ seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca’ dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.

Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar ‘Inggerisofili’ yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya ‘pelacuran’ bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.

Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).

Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.

Selain itu terdapat juga pencemaran bahasa dikesan pada papan iklan, papan kenyataan, papan tanda, nama taman perumahan dan nama jalan. Kebanyakkan papan tanda dan iklan mula menggunakan bahasa rojak telah menjadi punca utama terhadap pencemaran bahasa. Majalah-majalah hiburan dan rancangan-rancangan televisyen yang menjadi medan hiburan kepada masyarakat, kebanyakkannya telahpun mula menggunakan bahasa rojak. Maka, ia memberi impak negatif kepada masyarakat yang tutut mengikutinya bagaikan bahasa ibunda dalam percakapan harian.

Sikap orang Melayu itu sendiri terhadap bahasanya tercermin pada ungkapan “bahasa jiwa bangsa”,”bahasa menunjukkan bangsa”, “hilang bahasa pupus bangsa” dan lain-lain lagi. Ramai juga orang Melayu sendiri, terutama dari kalangan yang terpelajar dan pemimpin tinggi politik mengikuti sikap sebegini. Mereka memerikan semangat kebangsaan Melayu sebagai ‘nasionalisme linguistik’ semata-mata.

Maka, kesimpulannya masalah pencemaran bahasa Melayu tidak akan dapat diatasi selagi pihak pengguna tidak peka terhadap pentingnya penggunaannya yang betul dalam semua aspek.

0 comments: